Jurulatih kelahiran Portugal itu berkata demikian selepas kedua-dua pasukan itu terikat 0-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung awal pagi tadi.

Pemain tengah Belgium, Fellaini dilayangkan kad merah oleh Martin Atkinson kerana menanduk Aguero enam minit sebelum tamat permainan.

Insiden itu berlaku apabila Aguero dilihat menghampiri Fellaini selepas tidak berpuas hati dengan kekasaran yang dilakukan pemain Manchester United itu.

Mourinho mengakui beberapa daripada kesalahan Fellaini tetapi menjelaskan bahawa Aguero bijak untuk mengeksploitasi insiden berkenaan.

“Saya tidak menonton insiden Fellaini di televisyen tetapi saya bercakap dengan Fellaini. Dia berpendapat (keputusan) ia adalah kad merah kerana dia adalah Fellaini.

“Saya bercakap dengan Martin Atkinson (pengadil perlawanan) beliau berpendapat ia adalah kad merah. Saya boleh rasa kemungkinan kad merah hanya kecil dan ternyata ia tindakan bijak, seorang pemain Argentina (Aguero) yang berpengalaman.” katanya kepada Sky Sports.