Everton telah mempamerkan peningkatan luar biasa sejak berada di bawah bimbingan Sam Allardyce, terbaharu menewaskan Swansea 3-1.

Bagaimanapun, Merson berpendapat Chelsea akan membantutkan kecemerlangan Everton dalam perlawanan di Goodison Park nanti.

“Chelsea telah memperoleh rentak mereka dengan baik malah penyudah pasukan itu juga amat bagus terutama ketika mereka menentang Bournemouth.

“Dalam perlawanan itu Chelsea telah mempamerkan kebangkitan pada saat-saat akhir untuk mendapatkan kemena­ngan.

“Mereka juga mampu memanfaatkan masa tambahan dengan sebaiknya malah boleh membunuh pasukan lawan.

“Bagi saya Everton telah mempamerkan peningkatan yang banyak namun masih te­tap ada kelemahan yang sukar diperbai­ki.

“Dalam pertemuan minggu ini saya berpendapat Chelsea akan menjadi penghalang mereka,” kata Merson.

Chelsea berada di anak tangga ketiga dengan 38 mata dan lebih empat mata di atas Liverpool dan mereka pastinya mahu memanfaat perlawanan hujung minggu ini dengan baik.

Chelsea pastinya tidak mahu terlepas sebarang mata dalam perlawanan menentang Everton untuk memastikan kedudukan mereka tidak terancam.